HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2010
>> Isnin, 4 Januari 2010
Tanggal 4 Januari merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2010. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)SMK Seri Jempol juga tidak terlepas bagi merasakan kemeriahan tersebut khususnya para pelajar PPKI.
Seramai 3 orang pelajar baru telah melaporkan diri untuk sesi persekolahan yang baru ini.Termasuk seorang guru baru telah melaporkan diri dalam program ini.
Agihan tempahan pakaian sekolah yang telah ditempah oleh para pelajar telah di serahkan bagi memberikan kemeriahan dihari pertama sesi persekolahan.
Harapan semua, semoga tahun ini lebih cemerlang dan ceria dari pelbagai aspek.